Halaman

19 November 2010

p.e.r.m.u.l.a.a.n.k.u....

alhamdullilah...
permulaan ini memberikan aku semangat untuk teruskan apa yang aku buat sekarang...mudah-mudahan aku mendapat keberkatan daripadaNya...insyallah..

lusa pi genting..huhu...rasa mcm malas nak pi tapi oleh kerana dapat pi free kan..so pegi jelah....menghiburkan hati bersama kengkawan...en.suami ku xdapat ikut sekali lah..ehmmm....tapi xpe..aku jadi bujang kejap...hihiii...

pic ni aku amik kt internet....bila tengok ni..rasa teruja pulak nak pi..hihiii....^_^ ...
mudah-mudahan perjalanan kami akan selamat pergi dan selamat pulang....YA ALLAH..lindungilah kami semua agar perjalanan ini selamat.... amin...

sebelum aku stop..ehmmm..aku ingin kongsikan apa yang baca dalam majalah nur (edisi DIS 2005) mmg dah lama tapi info ni sangat berguna untuk kita semua..insyallah..

MENCARI JIWA YANG TENANG
bagaimana hendak mencari ketenangan jiwa?
syarat bagi ketenangan hati adalah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman seperti firman ALLAH yang bermaksud,
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.ketahuilah, dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia."
(surah al-Ra'ad:28)

orang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubungan dengan ALLAH, melaksanakan perintah,kewajipan,melakukkan perkara sunat seperti zikir,puasa dan sedekah.mereka terhibur dengan kehidupan yang dicorakkan Allah, sentiasa bersangka baik dengan Allah dan membuatkannya tidah pernah resah. Apabila diberi nikmat, mereka terhibur, lalu bersabar.
orang beriman yakin dengan firman Allah yang bermaksud,
"(Katakanlah wahai orang yang beriman:Agama islam yang kami telah sebati dengannya adalah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat"
(Surah al-Baqarah:138)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan