Halaman

10 Disember 2010

elora masih dalam proses lagi...

dek kerana kesibukan nak settlekan kerja ku di opis...aku terpaksa rehatkan dulu elora aku ni...ehmmm...xpelah..kena pelan pelan supaya semuanya berjalan dengan lancar...mudah mudahan segalanya dipermudahkanNya...insyaallah...amin...


sebab lama dah aku x menulis disini...aku saja nak kongsikan beberapa mutiara doa untuk kita semua amalkan sekiranya berpeluang berbuat demikian....aku dapat ni pon sebab tadi baru lepas baca metro..so apa salahnya kalau kita kongsikan bersama..


DOA UNTUK MENGHILANGKAN RASA MARAH
" Aku berlindung diri dengan ALLAH dari syaitan terkutuk; YA ALLAH, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku, dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk"


DOA MEMOHON TAUBAT
"Wahai Tuhanku,maafkanlah aku kerana sesungguhnya EngkaunTuhan Yang Maha Pemaaf dan mempunyai kemuliaan".




DOA MEMOHON KESIHATAN TUBUH BADAN (baca pada waktu pagi dan petang)
"YA ALLAH,kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, YA ALLAH,kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, YA ALLAH,kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, YA ALLAH,hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, YA ALLAH,hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur,tiada Tuhan melainkan Engkau".




semoga kita mendapat kebaikan daripadanya..insyallah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan