DOA SUPAYA DILINDUNGI DARIPADA
MASALAH BEBANAN HUTANG
"Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu
daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu
daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu
daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"

DOA MOHON MURAH REZEKI
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah,
apabila di dalam bumi maka keluarkanlah,
apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah,
sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah
untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki
tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka,
dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan
sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu,
dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka
memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini
di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau
amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

*SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA INGAT MENINGATI SESAMA KITA*
*kredit to http://erisya-celahkehidupan.blogspot.com/