Halaman

15 Oktober 2012

JAMU SUSUK DARA (JSD)

Pengalaman dikongsi bersama.
sebenarnya aku baru diperkenalkan produk ini dari sahabat aku.
jujurnya memang aku takut untuk mencubanya tapi bila difikir-fikirkan kebaikan dan testimoni yang aku baca mengenai JSD ni buatkan aku ingin mencuba untuk kesihatan diri aku..

untuk permulaan aku cuba beli dulu ini sebab aku selalu lenguh2 kaki kan jadi aku memang suka kalau ada lotion yang mampu bagi kelegaan yang makimum untk badan aku disamping katanya boleh membakar lemak nakal di perutku ini..jadi dengan harga m48.00 aku beli ngan kawan aku ni.


ok..dapat je lotion ni aku pon memang excited lah nak guna kan..jadi malam sebelum tido aku tepek lah kat perut aku..oleh kerana agak teruja aku letak banyak lah gak kan..konon nak bagi cepat kempis lah kan..
mula sapu tu rasa sejuk je..best sangat..dan yang paling bestnya lotion ni cepat je kering lepas sapu dan belai ditempat yang bermasalahku ini.
lepas sapu tu steady je lah kan..kwan aku kata lotion ni panas tau..kena jaga2 kalau sapu tapi aku macam rasa tak panas pon...mcm lotion sama yg ada dipasaran tu je..
tapi lepas 5-10min macam tu aku rasa macam nak terbakor perut aku (sebab aku terover tepek banyak) dan jangkaan aku salah sebab lotion ni memang betul2 panas dari dalam tau.kiranya 1st time aku guna memang rasa sangat lotion ni bekerja!! sangat baguss dan angin angin nakal sentiasa keluar membantu proses pengeluaran toksik di badan aku ni..
dan yang lagi bestnya tu lepas bagun pagi tu rasa best betul badan ni..lepas mandi je aku ingat dh habis dah rasa panas lotion ni tapi rupanya tak lah..panasnya masih terasa diperut aku..wahhh..senang citer memang sangat puas hati lah MDHL..
sekarng aku rajin wat tiap-tiap malam sapu kat tapak kaki aku dan kat perut sesekali je.pastu tido best je..senyum senyum..hehehhe..

❤Tips menggunakan Susuk Dara Deep Heat Lotion & Slimming Soap

❤❤Dos lotion sebesar syiling 50 sen tu sudah cukup untuk you all sapu mliputi area perut,pinggang dan bontot... Please ya bila sapu lotion ni xdigalakkan pkai bengkong atau korset.Sbb tempat sapuan ni seeloknya biarlah didedahkn kepada free air kluar masuk. Klu you all pkai korset atopun bengkong nnti rasa nk pengsan.lpas tu relax abou
t 45 minit ya..then bru brgerak.

❤klu you all nk wrap dgn plastik wrap yg lmbut tu,start 1 jam slpas mndi.sapu kt tmpat ada masalh lebihan lemak.wrap tu jgn ketat2 sangat ya.then u relax,tido.tjuan wrapping mcm di slimming center tu utk mnakung peluh.

❤klu you all nk guna dos yg banyak,guna utk satu area setempat ja.jgn sapu all over.contoh klu perut,perut jer.relax,baring dan boleh juga wrap.slpas 45 minit hingga dua jam,bangun dan mandi.lpas tu you all akan still trasa warm lebih kurang kekal 24jam.

~Info from group JSD~


kepada yang nak tanya atau berminat nak beli lotion ni boleh tinggalkan komen kat sini ye..
kalau nak email pon boleh.nanti kita boleh riki riki lebih lanjut.
Email : eloraboutique@gmail.com

*insyallah lepas ni aku nak citer pasal Masker Vagina pulak ye.



17 September 2012

Seram Selasa

Pernah tak rasa seram seram sejuk macam aku rasa ni..
mcam ni citernya..

biasa lahkan pagi pagi masuk opis je perut memulas pulas mintak ke tempat termenung jap kan.
aku pon macam biasa lah capai apa yang patut ..(tisu,pencuci tangan & ...) sebagai bekalan.
tengah pulak memulakan visi tup tup lampu terpadam separuh..wahhh..mmg wat aku terkezut u..
pastu boleh pulak dia memain mati hidup mati hidup..ke ada org nak dajal aku pagi pagi ni tutup suiz kan..huhuhu.. dah ler aku sensorang je masa tu..

nasib pagi..kalau malam..???

*rupanya mentol lampu tu nak kena tukar rupanya..:D ...ko hadoo..erkkk..

14 September 2012

Ahmad ADAM Syukri

hati ni terpanggil untuk berkongsi derita adik Ahmad Adam Syukri ni yang aku rasa semua orang dah penah tengok kat page FB anak kecil comel ini..1st time aku baca berkenaan adik adam ni..mengalir air mata ni..serius memang aku sangat sangat terkesan di hati aku ni dengan penderitaannya.

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul kan..
adik adam lahir pada 4 mac 2012 dan telah mengalami Brain Damaged (Servere Hie) atau lebih dikenali dengan kerosakan pada saraf otak.

ni aku copy paste dari ayat yg aku rasa ibu adam yang coretkan..sungguh mengayat hati..:(
AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK...
ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MU
LUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..




aku bukanlah siapa siapa pada sikecil ini tapi aku terpanggil untuk menyeru kawan kawan semua untuk memberikan sedikit bantuan ikhlas kepada adik adam ini untuk kita sama sama ringankan bebannya.tiada banyak sikit pon sangat sangat membantu untuk anak kecil ini agar kehidupannya akan bersinar untuk masa akan datang.mudah mudahan berkat doa dan pertolongan yang kita lakukan ini dapat memberi sinar pada sikecil ini..insyallah.


untuk lebih lanjut, korang boleh layari FB mengenai detail adik adam
https://www.facebook.com/AhmadAdamSyukri

11 September 2012

Elora Fashion

Projek baru aku untuk design baru tudung manik mutiara ni
khas untuk pelanggan elora aku..:D
tak sabar nak upload kat mereka semua..sabar ye..masih proses jahit lagi ni..huhu
kasi preview dulu..hihihi

8 September 2012

Elora Fashion


iklan jap dari Elora Fashion..khas untuk kamu kamu yang gilakan tudung bawal kan..bolehlah kiranya menjenguk page aku ni..:D ..yang ni bawal no.1 ..sangat best kalau pakai..very lembut dengan warna warna lembut yang sememangnya memikat mata yang memandang..hihihi..

jom tengok link ni kalau taknak bagi aku merajuk..:p

FB : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.443053525738510.99180.161780670532465&type=1
Blog : http://elorafashion.blogspot.com


6 Julai 2012

kartini


kartini ni satu nama yang selalu buat aku tersenyum sorang sendiri..^^
sebab nama ni buatkan aku terkenang zaman mudo mudi masa belajor dulu kat poly..:D

hasil karya tembakau ni memang faberet aku ni..dulu dulu sanggup pi tunggu
setiap keluaran majalah ujang semata mata nak baca ruangan kartini ni..:)

komik ni ada sambungan lagi "kartini kembali"
tapi sampai sekarang aku lum jumpa lagi..takpe akan aku usahakan utk dapatkannya..

Petikan dari cover Kartini
Tidak akan kamu berperasaan
Gundah gulana walaupun sekali
Jika kamu tahu apa yang dicari

"Tapi apa yang kita paling nak,
itulah yang kita takkan dapat.."

-kartini



5 Julai 2012

birthday girl

26062012
khas untuk adik comel sayang kami..hehehe
selamat ulang tahun sayang..semoga sentiasa diberkatiNya
dan tahniah sebab tahun ni naik pelamin..:D

ada budak malu kena wish..:)

istimewa kek utk adik cayang..^^

sukenya dia..senyum sampai pejam mata..hihihi..

posing ngan wawa..

selamat ulangtahun dear fiza..potong kek cepat..dh lapo ni..:)




29 Jun 2012

i love u mum

masa aku pegang buku ni aku dh rasa teruja nak baca..
ya memang salah satu sebab covernya yang cantik dan tertarik ni kan
tapi sebab utama aku nak mendalami sendiri buku ni
kadang kadang kita lupa kan, jadi aku rasa takde salahnya
kita ingat mengingati..


*petikan dari kulit luar belakang buku ini

Bilakan anda mesti membaca buku ini?
* Jika anda adalah seorang anak yang berbakti dan ingin mempersembahkan yang terbaik untuk ibu
* Jika anda seorang anak yang baik dan ingin membalas perjuangan serta pengorbanan yang telah ibu berikan,namun tidak tau bagaimana cara mengungkapkan perasaan anda itu.
* Jika anda seorang anak yang pandai dan mengerti bagaimana cara membahagiakan ibu
* Jika ana seorang anak yang mengharapkan kepercayaan,perhatian dan kasih sayang yang lebih daripada ibu.
* Jika anda adalah seorang anak yang belum pernah melakukan kesalahan kepada seorang yang telah mengandung,melahirkan dan membesarkan anda.
* Jika anda seorang anak yang lupa akan jasa jasa ibu selama ini,buku ini untuk anda.
* Jika anda seorang yang menyayangi saudara,keluarga dan sahabat,maka bacalah buku ini dan ajarkan pada mereka apa yang anda dapat.

buku ni memang WAJIB ada pada anda selagi anda bergelar seorang anak!


27 Jun 2012

Penangan Air Asam Boi!!

sebenarnya aku ni takde lah peminat asam boi sangat..
tapi ada satu hari tu aku terjah satu blog tu kan..sesaja je
boring boring kan..pastu aku terjumpa lah akk ni buat air asam boi ni.
memang nampak terliur lah aku masa tu..hahahaa..dasyat tul kan..
pastu aku ni berkobar2 lah nak plan satu hari nanti nak buat..tapi last last
aku tak buat..hampeh kan..hihihi..

nak jadikan citer kan..satu hari tu aku ada job luar handle event.
so aku pon pi lah sana..pastu lepas habis event tu kitaorng pon pi lah
duduk berehat melegakan tekak yg haus sangat ni kan..pastu kawan aku
ni boleh order air asam boi kat kedai tu..dia kata sedap tau sebab mmg susah
nak cari org jual air asam boi ni..

aku pon.."kak..saya nak gak..sama ngan dia..hehehe" sambil tunjuk gigi putih aku tu..hehe
bila air sampai je..aku terus teringat yg aku penah usha blog akk tu (yg buat air asam boi tu)
wahhhh...punya lah sedap air tu..sampai aku rasa nak order lagi tapi malu lah pulak.hahaa

lepas balik je aku terus pakat ngan diri aku je..
aku plan nak buat gak air ni..so..inilah hasilnya..
walaupon tak macam kat kedai tu tapi aku puas hati sangat sebab sedap
sampai kembang idung ni minum..hehehe..

senang je bahannya.. :)
beli je limau kasturi ngan asam boi
dulu aku kecik2 limau kasturi ni bersepah2 kat tepi umah mak abah.
sekarang dah takdok dah..semua dh tinggal kenangan..^^

pastu potong limau tu jgn kasi habis potong tau
then sumbat lah limau tu kat dalam limau tu mcm kat gambo tu..
bila air dh didih masukkan lah limau + asam boi tu.. :)
jangan lupa masukkan gula sikit tau..tgk lah budget bnyak mana air tu..
lepas dh didih tutup lah api ye..biarkan sejuk sikit..
nanti buang tau limau tu..jgn simpan semua ngan airnya..kang pahit..:(
pastu bolehlah simpan dlm peti sejuk umah..
dahtu..apa lagi boleh bedal air tu..hihihih..

kalau posa posa nanti bolehlah buat kan..best sungguh makan ngan nasi campur..heheh..

sahabat

orang kata kawan biar seribu
kekasih biar satu..ceewahh..

 ye lah..kali ni aku nak citer tentang sahabat
dulu dulu sahabat inilah yang menjadi tempat kami semua curahkan
segala apa yang ada semasa bekerja dalam satu team.


najib,ika,aku..
suka duka kita dulu sama sama hadapi kerenah bapak tu yang kdg2
memng susah nak paham kan..tapi kita tetap hormat dia sebagai bos kan
walaupon kita selalu tak dengar kata dia..heheheee..


memang sukar nak digambarkan dengan kata kata buat persahabatan
yang hampir 8 tahun ni..apa yang aku harapkan agar kita semua akan
tetap keep in touch walaupon sekarang masa dan keadaan dan banyak
yang berubah dan korang memang sahabat aku yang paling aku sayang.:)

*buat ika..welcome back..semoga kehadiran ko kat team ni akan lebih power lagi..:)



23 Jun 2012

D.I.Y

hari nii aku cuba cuba buat benda ni..
sebenarnya semalam aku dah cuba wat dan memang dah lama
nak buat cuma masa ni memang madang tak sempat je.tapi aku cuba ushakan gak..:)

ni lah dia bunge yang aku wat guna paper minyak ni..satu jadi satu lagi tak jadi
maklumlah 1st tu memang tangan keras noo..so lepas tu baru ok..lepas ni nak
rajinkan diri buat sikit2 deco yang lain pulak..aku ada plan nak buat DIY ni masa
anniversary job aku bulan 9/10 nanti..insyallah..

yang ni gebu sikit dr yg atas kan..hehehe.. yg ni aku pakai 5 layer..mmg nak
nampak gebu gebu..lagilah putih kan..so lagi teserlah gebunya.. :)

oh ya lupa nak bgtau aku jupe tutorial ni kat sini
ni lah contohnya kalau nak buat ye..simple & cute..so..cuba lah ye..^^

18 Jun 2012

Birthday Advance


Alhamdullilah..
haritu 15hb jun aku dapat lagi satu kejutan birthday dari kawan kawan tersayang.
thanks u all..peluk ketat ketat..hehehee..

special thanks to robson..wawa..ija..thenish..u all sudi watkan special kejutan untuk aku malam tu..
dah bertambah lagi usia ni .rasanya memang belum cukup semuanya amalan untuk dibawa kesana..


16 Jun 2012

selamat hari bapa

untuk abah aku En.Ashari Ab Rashid

abah..selamat hari bapa abah..
aku sayang abah selamanya.

semoga abah sentiasa sihat selalu
dipermudahkan segala urusan.

sayang abah..

k.e.c.e.w.a

benda ni berlaku seminggu lebih yang lepas.aku terasa sangat kecewa dengan sebuah b***
yang diakui servicesnya ..tapi kali ni mmg aku rasa sentap sangat bila diperlakukan macam ni..

petang tu aku dapat sms mengenai sesuatu lah kan..
pastu untuk bertanya lebih lanjut

aku telefon no. ni 03-269**922

aku : cik..saya nak tanya mengenai bla bla bla..bla..
jawapan : ok cik..boleh dapatkan no.ic cik utk pengesahan
aku : ok ..bla bla..
jawapan : boleh berikan nama ibu cik
aku : ok..bla bla bla....
jawapan : ok cik..kami dah cek..bla bla bla..cik boleh telefon no ni 03-269**282 nanti dioarg akan membantu masalah cik.
aku : oklah kalau camtu..saya call no. tu ye..tqvm

aku pon call no 03-269**282

aku : cik..saya nak buat pengesahan mengenai bla bla bla..bla..
jawapan : cik boleh call no ni 03-269**922

aku : ??????

apa punya services daaaa.....
memang sangat menyusahkan aku dan aku geram sangat masa tu..dah lah aku tengah bz keja ditambah lagi ngan layanan yg kononnya bagus tu..ehmm..

nasib baik aku call outlet terdekat ngan aku ni ok layanannya.
kalau tak mmg dah lama aku email complain!!..

masalahnya bukan dari aku..
masalahnya dari part mereka..sebabnya SISTEM PROBLEM
tapi bila di pas pas ke situ kesini buat aku rasa mcm dilayan mcm org bodoh je..!!

*korang penah kena mcm aku kena tak*

9 Jun 2012

09062012

Alhamdullilah..hari ni genap usia aku 31 tahun..
terasa cepatnya masa berlalu..dari kecil membesar.belajar..kerja..kawin..dan sampailah
sekarang..rasa macam mimpi semuanya..
terasa banyak lagi impian yang tak terlaksana lagi..
dan terasa banyak lagi yang belum selesai untuk diri aku ini.

Terima kasih tak terhingga buat Suami aku yang memahami diri ni
Mak Abah yang segalanya untuk diri ini
Abang Adik aku dan seluruh keluarga
Sahabat handai teman teman rapat dan semua yang mendoakan aku.

terima kasih atas nikmat ini.
aku amat terharu.

terima kasih
terima kasih
terima kasih

rindu bubur merah mak buat dulu dulu masa aku kecik.walaupon tak sambut tapi moment tu sangat indah untuk aku kenang sampai bila-bila..;)


21 Mei 2012

Rejab Bulan Bertemu Kita

hari ni hari terakhir untuk 29 jamadilakhir dan esok kita akan bertemu 1 rejab 1433 H
aku tau bulan ni adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh kita semua sebelum bertemu Syaaban dan kemudian  Ramadhan Yang Mulia.
aku tau aku ni bukanlah seorang yang terlalu arif berkenaan bab bab begini tetapi dengan dunia teknologi yang semakin berkembang ni.hanya klik saja semua maklumat dihujung jari kita..jadinya sedikit ilmu untuk kita kongsi kan bersama dan saling ingat mengingati sesama kita.insyallah.


Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.
1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.
Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

18 Mei 2012

Empat Petua Imam Syafie

Pagi ni aku masuk keja..bukak fb jap pastu aku terbaca wall Farah Lee isteri Ally Iskandar yang fames tu kan..mesti semua kenal kan..aku bukan nak citer pasal diaorg ni..aku cuma nak share apa yang aku rasa sangat bagus untuk kita share bersama sesama manusia untuk kita saling ingat mengingat.
sebab kita selalu lupa kan..macam aku jugak..")

Empat Petua Imam Syafie

Menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Melemahkan badan
1. banyak bersetubuh
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

16 Mei 2012

Selamat.Hari.Jururawat.1Malaysia

tadi pagi pi keja dalam keta aku dengar lah radia sinar fm yang best tu pepagi memang wajib dengar celoteh kril,mak neng nagn mak emgku tu..memang senyum & ketawa sokmo je kalau dengar celotoh mereka ni..

bila topiknya berkisar jururawat...
rupannya hari ni hari jururawat ye..kiranya bulan ni memang banyak hari lah disambut kan..hari ibu..hari guru..dan hari ni hari jururawat pulak..:) 1Malaysia ni memang kaya ngan hari hari istimewa untuk diingati kan..memang bagus lah..

sempena hari ni hari jururawat kan..aku ucapkan kepada semua jururawat 1Malaysia
istimewa untuk adik ipar aku zian
untuk sahabat aku ida *lama ko menghilang.*
untuk wak noor aku *walaupon dah pencen*

dan kepada semua yang bergelar jururawat..
Selamat.Hari Jururawat.

sumber : google


15 Mei 2012

Terima Kasih Cikgu

16 mei 2012 hari ni Hari Guru
disambut semua untuk mengenang jasa guru-guru yang telah banyak berjasa selama ini mendidik dan membimbing pelajar pelajar menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat.
dulu aku ingat lagi kalau sambut hari guru kat sekolah paling best..siap berebut rebut nak bagi hadiah untuk cikgu yang paling aku sayang.bagi bunga lah..coklet lah..kad lah..pokoknya macam-macamlah kerenah yang dapat dilihat hari tu..^^

aku ni nak kata disayangi guru dulu tak lah sangat..biasa biasa aje cuma dulu pendedahan terlampau untuk sambutan ni takde lah sangat nak bandingkan dengan sekarang kan. kalau dulu jumpe cikgu ucap selamat peluk cikgu tu pon dah best sangat dah..tak mampu nak belikan apa-apa hadiah untuk cikgu maklumlah mak abah pun bukannya berduit sangat masa tu..tak berani nak mintak macam-maca..:)

laaa ni aku tengok dah lain dah..budak budak sekrang ni masing masing semua dah banyak sangat pilihan dan alternatif nak bagi cikgu cikgu ni..siap setiap sorng mesti ada standby beli hadiah untuk cikgu tersayang.best kan..dulu aku tak rasa pon cmtu..hehe..tapi takpelah zaman kan berubah..dulu FB/Twitter semua mana lah ada kan..zaman IT dulu terlalu "jakun" bagi aku di zaman 90an..kalau dapat pegang keyboard komputer besar gedabak tu dah best bangga giler siot..kembang kembang idung ni..senyum sampai telinga..hahaha...tu yang budak budak sekrang ni sangat sangat dan sangat bertuah..;)

Apa pon..aku bersyukur sebab dapat sekolah yang cukup serba serbi..kemudahan semua dapat..cikgu pon baik baik dan yang penting aku mendapat pendidikan yang sempurna..Alhamdullilah.

Dedekasi Untuk Semua Cikgu 1Malaysia

kepada Cikgu dan Pensyarah aku dulu dari zaman
TADIKA FELDA SENING
SEKOLAH AGAMA FELDA SENING
SEKOLAH RENDAH ADELA
SEKOLAH MENENGAH ADELA (SEMEKA)
POLITEKNIK JOHOR BAHRU (IBRAHIM SULTAN)

Aku Ucapkan Ribuan Terima Kasih Yang Tak Berbelah Bagi Kepada Semua Pendidik Yang Pernah Aku Lalui Sepanjang Aku Bergelar Pelajar.Sesungguhnya Jasa & Pengorbanan Anda Semua
Amatlah Aku Sanjung. Teima Kasih Cikgu!!



Hi-Tea (ina-ika-ajib-wan)

13 Mei 2012 - Ahad - 3.40petang
bebudak gilergiler* aka bff aku ni datang wat kecoh kat umah aku lah kan..mana lagi.terharu giler aku diaorng ni datang umah aku yang tak seberapa ni kan.kiranya macam renioun mini lah antara aku-ika-ajib-wan.
wahhh..kalau lah abg chad ada..aisyah ada..noor ada..betty ada..zam ada...wahhhh..pasti lagi
meletop u..ahhakksss... :)

oleh kerana aku dh buntu nak masak apa..jadi apa yang ada je lah korang ye..heheh..maklumkan aku ni bukannya pakar masak kan..jadi ni je lah yang mampu hamba persembahkan..") edap tak..edap kann..hehe..

yeahhh..ini lah dia bff aku..sayang korang tau
ieka - ajib - wan



 citer apo tu..serius nooo..




ok ..tu je gambo yang sempat aku snap snap candid je..lebihnya kitaorng bual macam nak apa tah..sampai dah lewat petang pon tak perasan..huhuhh..

ok korang..terima kasih banyak sebab sudi datang terataku yg tak seberapa tu..hehee..
semoga persahabatan kita akan terus utuh dan diberkati Allah SWT. aminn..



mata.empat

sumber : google

okeh..aku memang dah lama plan nak buat mata empat aku ni cuma masa dan wetnya je yang belum disua sua ke kedai mata empat ni. setelah di kira kira di congak congak akhirnya aku bersyukur diberikan rezeki untuk upgrade mata empat aku ni..:D..hehe..Alhamdullilah..

cuma laa ni..dok pikir nak bentuk yang macamana empat mata aku ni..ehmm..bila aku google google aku ada terbaca kat sini tip memilih mata empat berdasarkan bentuk muka korang sendiri.so jangan ler berangan muka empat segi nak pakai mata empat empat segi dok gitu..so,pada aku terjahan panduan ni amat penting lah kan.")

sumber : google

Allah swt tu maha besar lagi agung kan..diciptanya manusia ni pelbagai bentuk dan rupa manusia ni jadi kita ni sebagai hambanya janganlah kutuk kutuk kejadian Allah ni.semua kita ni sama saja kan.jadi pandai-pandailah menilai mana yang baik-baik aje ye..:)

*aku ni muka bolat..so ehmm..rasanya sesuai ngan cermin mata yang berbingkai lebar & sudut tajam supaya mengurangkan lagi bentuk wajah bolatku ini..ehmmm..jadinya bingkai bentuk segi empat tepat pastilah yang paling sesuai..hehehee..")



1 Mei 2012

FAREWELL


30 April 2012
hari isnin yang hening..kami mengadakan sedikit jamuan perpisahan untuk
our line excutive sofline yang banyak berjasa selama beliau berjuang bersama di UOPG
hampir 5 tahun bersama..memang macam-macam memori tercipta anta kami semua.

semoga ms.ku yang akan berpindah ke UO Segamat akan terus success disana
dan jangan lupakan kami di sini ye..")
terima kasih untuk segalanya ms.ku.

17 Mac 2012

2.0.1.2.

Assalamualaikum hai semua..
17.03.2012
wahh...baru terpikir nak wat new post untuk tahun 2012 ni..ehmm..sengal kan..betul2 lupa janji aku ni..
masih sudi menjengah blog aku ni..aku tak pastilah sebab memang aku rasa blog aku ni dah basi agaknya..tu yang aku macam takde mood pulak nak teruskan menulis..lagi satu dengan bebanan keja dan macam2 yang ada wat waktu aku terbatas..(so..alasan kan...huii..)

hehhee..oklah..sebenarnya aku mmg agak malas lately ni..senang citer aku macam dah mati akal nak tulis apa kat blog aku ni..aku tak suka citer artis2 sangat..sebab dah ramai sangat yang citer benda2 tu kan..lagi satu hal pon aku mmg tak minat sangat nak tulis benda2 tu..lagipon majalah akhbar dan media lain dah melambak ada..:) noty sungguh ye..amboi!!..

oklah..cukup dulu untuk entry pertama di tahun 2012 ni
nak balik jap lagi ni..penat pi kl semalam pon tak habis lagi..huh... 

tata semua..senyum selalu..:)