Halaman

21 Mei 2012

Rejab Bulan Bertemu Kita

hari ni hari terakhir untuk 29 jamadilakhir dan esok kita akan bertemu 1 rejab 1433 H
aku tau bulan ni adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh kita semua sebelum bertemu Syaaban dan kemudian  Ramadhan Yang Mulia.
aku tau aku ni bukanlah seorang yang terlalu arif berkenaan bab bab begini tetapi dengan dunia teknologi yang semakin berkembang ni.hanya klik saja semua maklumat dihujung jari kita..jadinya sedikit ilmu untuk kita kongsi kan bersama dan saling ingat mengingati sesama kita.insyallah.


Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.
1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.
Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

18 Mei 2012

Empat Petua Imam Syafie

Pagi ni aku masuk keja..bukak fb jap pastu aku terbaca wall Farah Lee isteri Ally Iskandar yang fames tu kan..mesti semua kenal kan..aku bukan nak citer pasal diaorg ni..aku cuma nak share apa yang aku rasa sangat bagus untuk kita share bersama sesama manusia untuk kita saling ingat mengingat.
sebab kita selalu lupa kan..macam aku jugak..")

Empat Petua Imam Syafie

Menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Melemahkan badan
1. banyak bersetubuh
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

16 Mei 2012

Selamat.Hari.Jururawat.1Malaysia

tadi pagi pi keja dalam keta aku dengar lah radia sinar fm yang best tu pepagi memang wajib dengar celoteh kril,mak neng nagn mak emgku tu..memang senyum & ketawa sokmo je kalau dengar celotoh mereka ni..

bila topiknya berkisar jururawat...
rupannya hari ni hari jururawat ye..kiranya bulan ni memang banyak hari lah disambut kan..hari ibu..hari guru..dan hari ni hari jururawat pulak..:) 1Malaysia ni memang kaya ngan hari hari istimewa untuk diingati kan..memang bagus lah..

sempena hari ni hari jururawat kan..aku ucapkan kepada semua jururawat 1Malaysia
istimewa untuk adik ipar aku zian
untuk sahabat aku ida *lama ko menghilang.*
untuk wak noor aku *walaupon dah pencen*

dan kepada semua yang bergelar jururawat..
Selamat.Hari Jururawat.

sumber : google


15 Mei 2012

Terima Kasih Cikgu

16 mei 2012 hari ni Hari Guru
disambut semua untuk mengenang jasa guru-guru yang telah banyak berjasa selama ini mendidik dan membimbing pelajar pelajar menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat.
dulu aku ingat lagi kalau sambut hari guru kat sekolah paling best..siap berebut rebut nak bagi hadiah untuk cikgu yang paling aku sayang.bagi bunga lah..coklet lah..kad lah..pokoknya macam-macamlah kerenah yang dapat dilihat hari tu..^^

aku ni nak kata disayangi guru dulu tak lah sangat..biasa biasa aje cuma dulu pendedahan terlampau untuk sambutan ni takde lah sangat nak bandingkan dengan sekarang kan. kalau dulu jumpe cikgu ucap selamat peluk cikgu tu pon dah best sangat dah..tak mampu nak belikan apa-apa hadiah untuk cikgu maklumlah mak abah pun bukannya berduit sangat masa tu..tak berani nak mintak macam-maca..:)

laaa ni aku tengok dah lain dah..budak budak sekrang ni masing masing semua dah banyak sangat pilihan dan alternatif nak bagi cikgu cikgu ni..siap setiap sorng mesti ada standby beli hadiah untuk cikgu tersayang.best kan..dulu aku tak rasa pon cmtu..hehe..tapi takpelah zaman kan berubah..dulu FB/Twitter semua mana lah ada kan..zaman IT dulu terlalu "jakun" bagi aku di zaman 90an..kalau dapat pegang keyboard komputer besar gedabak tu dah best bangga giler siot..kembang kembang idung ni..senyum sampai telinga..hahaha...tu yang budak budak sekrang ni sangat sangat dan sangat bertuah..;)

Apa pon..aku bersyukur sebab dapat sekolah yang cukup serba serbi..kemudahan semua dapat..cikgu pon baik baik dan yang penting aku mendapat pendidikan yang sempurna..Alhamdullilah.

Dedekasi Untuk Semua Cikgu 1Malaysia

kepada Cikgu dan Pensyarah aku dulu dari zaman
TADIKA FELDA SENING
SEKOLAH AGAMA FELDA SENING
SEKOLAH RENDAH ADELA
SEKOLAH MENENGAH ADELA (SEMEKA)
POLITEKNIK JOHOR BAHRU (IBRAHIM SULTAN)

Aku Ucapkan Ribuan Terima Kasih Yang Tak Berbelah Bagi Kepada Semua Pendidik Yang Pernah Aku Lalui Sepanjang Aku Bergelar Pelajar.Sesungguhnya Jasa & Pengorbanan Anda Semua
Amatlah Aku Sanjung. Teima Kasih Cikgu!!



Hi-Tea (ina-ika-ajib-wan)

13 Mei 2012 - Ahad - 3.40petang
bebudak gilergiler* aka bff aku ni datang wat kecoh kat umah aku lah kan..mana lagi.terharu giler aku diaorng ni datang umah aku yang tak seberapa ni kan.kiranya macam renioun mini lah antara aku-ika-ajib-wan.
wahhh..kalau lah abg chad ada..aisyah ada..noor ada..betty ada..zam ada...wahhhh..pasti lagi
meletop u..ahhakksss... :)

oleh kerana aku dh buntu nak masak apa..jadi apa yang ada je lah korang ye..heheh..maklumkan aku ni bukannya pakar masak kan..jadi ni je lah yang mampu hamba persembahkan..") edap tak..edap kann..hehe..

yeahhh..ini lah dia bff aku..sayang korang tau
ieka - ajib - wan



 citer apo tu..serius nooo..




ok ..tu je gambo yang sempat aku snap snap candid je..lebihnya kitaorng bual macam nak apa tah..sampai dah lewat petang pon tak perasan..huhuhh..

ok korang..terima kasih banyak sebab sudi datang terataku yg tak seberapa tu..hehee..
semoga persahabatan kita akan terus utuh dan diberkati Allah SWT. aminn..



mata.empat

sumber : google

okeh..aku memang dah lama plan nak buat mata empat aku ni cuma masa dan wetnya je yang belum disua sua ke kedai mata empat ni. setelah di kira kira di congak congak akhirnya aku bersyukur diberikan rezeki untuk upgrade mata empat aku ni..:D..hehe..Alhamdullilah..

cuma laa ni..dok pikir nak bentuk yang macamana empat mata aku ni..ehmm..bila aku google google aku ada terbaca kat sini tip memilih mata empat berdasarkan bentuk muka korang sendiri.so jangan ler berangan muka empat segi nak pakai mata empat empat segi dok gitu..so,pada aku terjahan panduan ni amat penting lah kan.")

sumber : google

Allah swt tu maha besar lagi agung kan..diciptanya manusia ni pelbagai bentuk dan rupa manusia ni jadi kita ni sebagai hambanya janganlah kutuk kutuk kejadian Allah ni.semua kita ni sama saja kan.jadi pandai-pandailah menilai mana yang baik-baik aje ye..:)

*aku ni muka bolat..so ehmm..rasanya sesuai ngan cermin mata yang berbingkai lebar & sudut tajam supaya mengurangkan lagi bentuk wajah bolatku ini..ehmmm..jadinya bingkai bentuk segi empat tepat pastilah yang paling sesuai..hehehee..")



1 Mei 2012

FAREWELL


30 April 2012
hari isnin yang hening..kami mengadakan sedikit jamuan perpisahan untuk
our line excutive sofline yang banyak berjasa selama beliau berjuang bersama di UOPG
hampir 5 tahun bersama..memang macam-macam memori tercipta anta kami semua.

semoga ms.ku yang akan berpindah ke UO Segamat akan terus success disana
dan jangan lupakan kami di sini ye..")
terima kasih untuk segalanya ms.ku.