Halaman

4 November 2013

KALAU DAH JODOH - BAB 3

rasanya macam nak tukar tajuk untuk cerita ni..apa ye..masih difikirkan lagi.
ada cadangan tak..hihihi..ada ke yang sudi baca sampai bab 3 ni..:)
bab 3 ni pendek je sebab aku busy sangat..insyallah lepas ni lebih rajin hendaknya.^^
_________________________________________________________

aku termenung memandang kipas yang berpusing laju di atas siling bilik. Balik dari kenduri tadi memang buatkan aku tak senang duduk lagikan nak tidur malam ni. Aku terus masuk bilik mengurung diri sampaikan mak panggil pun aku katakan aku penat nak tidur awal. Aku tak mahu mak tengok aku begini.. Ahhh..kenapa engkau hadir saat aku dah hampir lupakan engkau yus, apa lagi yang kau maukan. Tak cukupkah apa yang dah kau lakukan padaku dulu. Air mataku laju mengalir saat ini sambil teringat kejadian tadi.

“Assalamualaikum..apa khabar el?”
Walaikumsalam, aku menjawab dalam hati saja tanpa memandang wajah yus. Cepat-cepat aku selesaikan membasuh pinggan yang dah tinggal sedikit. Mataku dah memberat tinggal tunggu masa nak jatuh saja saat ini. Tak sanggup nak berdepan dengan yus untuk kali kedua selepas hampir 10 tahun dia meninggalkan aku.

“waalaikumsalam, ehhh ..abang yus, mimpi apa ni datang sini?” bibah memecahkan kesunyiaan antara kami. Sungguh aku tak kuat nak hadapi situasi ini, aku bangun akhirnya sambil melepaskan keluhan. Bibah terkejut pandang aku tanpa berkata-kata.

“bibah, aku balik dulu ye, nanti bagitau mak aku, aku pening kepala” aku terus berlari meninggalkan bibah dan abang yus disitu. Laungan bibah memanggil tidak aku hiraukan. Yang aku tahu sekarang aku nak balik saja.

“el…tunggu el”
Semakin aku jalan laju bila abang yus mengejar aku kala ini. Abang Yus menarik tangan aku supaya berhenti. Aku merentap tangan tanda tidak suka diperlakukan begitu.

“ok ok..abang mintak maaf, tapi el tunggu lah kejap, abang nak cakap sesuatu dengan el”
“apa lagi abang yus, apa lagi yang abang nak? el nak balik”

aku teruskan jalan kedepan. Tak sanggup nak berdepan dengan abang yus sebab aku tahu bila aku pandang muka abang yus aku yang akan lemah segalanya. Matanya, harumannya, ya..semua tentang abang yus mampu buat aku jatuh tergolek sekali lagi. Sungguh aku takut.

“el...maafkan abang el, abang masih sayangkan el”
aku berhenti melangkah. Saat ini mata dah memberat tapi aku tahan saja air mata aku ini. Terasa tak berbaloi aku tunjukkan pada abang yus. Sepertinya aku lemah sangat di depannya dan dia boleh sesuka hatinya merobek hati aku ini.

Kalau dulu kata sayang dari abang yus memang buat aku mimpi indah tapi sekarang tidak lagi, aku bukan lagi el yang dulu. Cukuplah sekali hati ini dihiris sebab pedihnya masih aku rasa hingga kini.

“kita kahwin el..”
buntang mata aku memandang abang yus tanda terkejut beruk dengar apa yang dia katakan kejap tadi.dah gila ke apa ajak aku kahwin!! ingat aku ni baju ke, suka pakai dan dah tak suka campak campak macam tu saja.


ahhh..lelaki ini memang suka menyusahkan aku la.


bersambung..

1 Oktober 2013

KALAU DAH JODOH - BAB 2

Suasana riuh didapur selepas tamat bacaan yasin dan tahlil sebentar tadi.kami kaum perempuan sibuk memunggah dulang berisi nasi ambeng untuk di hantar keatas. Aku jugak tidak melepaskan peluang membantu.Riuh anak anak kecil bermain sesama sendiri disatu sudut ruang tengah rumah cik jah,maklumlah sesekali berkumpul malam-malam begini memang tak dilepaskan peluang bermain, dah tak ingat penat ngantuk semua.

seronok rasanya tradisi begini masih berterusan di kampung ku.bila ada kenduri masing-masing pakat-pakat menghantar kuih kerumah tuan majlis sebagai tanda persahabatan.menu nasi ambeng memang menjadi tradisi jika ada kenduri.yang paling best makan dalam dulang atau talam ramai-ramai.mak kata adat jawa memang begini lah caranya, nasi ambeng disediakan dalam satu dulang ada nasi ditengahnya kemudian lauknya ayam goreng,mee goreng,ikan kering bulu ayam dan sayur goreng jawa diletak diatas nasi putih tadi.ehmm..memang membangkit selera betul sambil makan ramai-ramai.

“el, lama ke kau cuti kali ni”
bibah, anak cik jah duduk bersimpuh disebelah aku untuk mulakan makan bersama.dari tadi kami tak sempat berborak panjang disebabkan sibuk menolong didapur. bibah anak kedua cik jah sudah berkahwin dan menetap di bandar johor bersama suami dan seorang anak mereka. kami bersahabat dari zaman sekolah lagi dan aku tak sangka bibah berkahwin awal lepas habis spm, katanya dah gatal kan tu yang kawin awal..hahaha..bibah ni memang suka buat lawak seposen. kiranya kalau bersembang memang tak kering gusi lah aku ketawa.

“tak lah bibah,lusa aku dah balik..kau lama ke?”
“mana ada lamanya..lusa pon aku balik dah,laki aku kerja jadi kenalah ikut balik,
wei..esok kita pi pantai nak tak,anak aku tu dah merengek-rengek ajak ke pantai nak main pasir katanya..suka umpan aku tau kalau balik sini heheh..tapi kalau kau ada hal tak apalah aku okay aje.” bibah buat muka kesian dengan aku sambil kunyah penuh nasi ambeng kat mulut.uhhh..tak senonoh bentul si bibah ni..ada-ada aje. Tersenyum aku dengan telatah bibah sorang ni.

“ok boleh saja bibah,untuk si comel ayra ni aku sanggup tau” aku membalas pertanyaan bibah sambil mencium ayra yang comel sangat ni. ayra ketawa geli bila aku mula ciumnya berkali-kali. “cik el..cik el..aya ellii laahhh..hehehhe” ayra muncung mulutnya sambil tangan memeluk ke dadanya. aku dan bibah ketawa senang dengan telatah ayra.
“ok ok..cik el tak usik lagi ayra ye..esok kita pi pantai tau.suka tak” aku merenung ayra manja
“yeayy..aaya nak pi antaii..ayang cik el” ayra mencium pipi aku kemudian dia berlari ke bahagian atas rumah.

“kau manjakan sangat ayra el..tengok tu..lemak santan dia” bibah mencuit aku
“ehh..bukan kau ke yang sibuk ajak aku tadi..ni salahkan ayra pulak.”
aku menambah perasa sambil tersenyum.
“ehhh..iye ke..dah tua lah aku el..hehehe..ehh..cepatlah makan,lepas ni nak merewang basuh pinggan pulak..kau jangan balik dulu aaa..keja belum beres”

bibah membebel macam mak nenek kat aku..bibah,bibah..aku tergelak senang dengan bibah yang ceria. tenang sedikit perasaan aku kala ni..dari tadi aku perasan macam ada yang memerhatikan aku saja dari jauh tapi bila aku menoleh tiada apa-apa pun yang mencurigakan.ehmm..perasaan aku saja agaknya.

“hai..dah sampai mana mengelamun ni haa?” terkejut aku bila bibah mencuit pipi aku sambil ketawa. aku tunduk malu memandang nasi.aisss..bibah ni..sampai semua pandang aku semacam saja mak mak di dapur tu..alamak..mak pun jeling jeling manja kat aku tu..ternaik-naik kening ziana zain mak maukan jawapan. Aku hanya mampu senyum saja buat tanda ok pada mak.

“kau ni bibah..terkejut aku tau. tau lah aku nanti tolong kau basuh pinggan”
“abis tu dah kau termenung je bila aku cakap..mana aku tak angin..ehh..kau pikir apa ni??.jangan cakap kau ingat dia lagi bila suasana macam ni..” bibah tersenyum simpul
aku hanya diam kan diri saja tanpa menjawab pertanyaan bibah. oh bibah,kenapa kau tanya soalan itu..sungguh aku tak mahu ingat lagi.

Aku bangun terus ke dapur untuk menolong apa yang patut. Aku perasan bibah pandang aku semacam sambil mengekori aku ke ruang dapur.

“esok,ko kena cerita A-Z kat aku tau..jangan ada skip skip satu pon..dah jom kita cuci pinggan”

terkejut aku bila bibah tarik tangan aku ke bilik air luar dapur. memang selalunya kalau ada kenduri, bilik air luar rumahlah jadi port basuh pinggan kami beramai-ramai. tapi malam ni ramai pulak yang sudah balik lepas habis kenduri, jadi hanya aku dan bibah saja ditugaskan untuk membasuh semua pinggan mangkuk yang ada. aku lihat mak dan cik jah sedang sibuk membungkus nasi ambeng untuk ajk rewang malam ni. memang begitulah selalunya kalau habis kenduri,sesi membungkus pulak.

“cik el..cik el..ada abang kat sana tu kirim salam cium sekali..cuupp”

aku yang sedang duduk bersama buih terkejut tiba-tiba ayra datang mencium aku.
Jantung aku bagaikan nak tercabut bila aku memandang susuk tubuh itu dari jauh.walaupun gelap hanya susuk tubuh yang nampak tetapi aku tau itu dia.

“el..itu bukan kee..” aku pandang bibah sambil mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“el..dia datang lah..” aku terdiam bisu sambil getar jantung aku macam nak tercabut dah saat ini.

Menyesal aku datang sini malam ni.


bersambung..

22 September 2013

KALAU DAH JODOH - BAB 1

teringin sangat nak menulis sesuatu yang lama terpendam.aku tak pasti ada yang sudi membaca atau tidak, sebab aku tau aku masih baru dalam dunia penulisan ini. jadi kalau salah tolonglah tunjukan..:)
********************************************************************

Tiupan angin sepoi sepoi bahasa dan sahutan ayam di belakang rumah membuai perasaan aku kala ini.Aku termenung jauh merenung kebun kelapa sawit belakang rumah mak abah. Dah tak macam dulu keadaannya.Aku tersenyum sendiri bila pandang kebun kelapa sawit ni sebab dulu kawasan inilah tempat aku bermain pondok-pondok,belon aca dan kawin-kawin dengan kawan-kawan kecilku..hihihi..dan yang paling best sekali berkubang kat paya..wahhh..aku rindu betul zaman kecilku. Tapi sekarang, sawit dah rendang sebab tanam semula,air paya pon dah cetek dan ada yang dikambus, kawasannya pon dah tak selamat nak bermain.

Zaman semakin membangun,kebanyakan anak-anak disini semuanya berhijrah ke Bandar selepas bekerja, berkahwin dan mempunyai anak, jadi kawasan kebun sawit ni memang dah tak dipandang lagi.aahhh..siapalah aku nak salahkan pembangunan, semua orang berhak menentukan hala tuju masing-masing.
aku tersenyum sendiri tiba-tiba teringatkan sesorang sambil merenung jauh.kat mana agaknya dia ye.aku tersenyum lagi.kenapa aku ingat dia lagi ye.dah kahwin agaknya dia. Hampir 10 tahun hilang macam tu saja.ahhh..cinta monyet aku yang terindah. Aku senyum bila kisah lama seperti melayang-layang di ruang mataku.

"anak mak termenung jauh nampak?"
"oh!! mak..hehehe..takdelah mak,el terkenang zaman dulu masa kecik dulu lah mak..hihi"

"ke teringatkan orang lama dulu?"

Ya Allah,terlopong aku tengok mak terkelip kelip mata mak memandang aku. aihhh..macamana mak tau ni.masak aku masak..aku tertunduk malu. mak ketawa akhirnya tengok aku dah merah muka.cehh..mak sayang nii.

“mana ada mak ni, pandai aje lah..hehehe”
“elehhh..mak kenal lah anak mak ni, mak yang lahirkan el tau,el tahan kentut pon mak tau tau..hahaha “

merah padam muka aku diperli mak. aku memang tak boleh menipu mak dalam apa jua keadaan aku ni. Akhirnya aku senyum saja tengok mak gelakkan aku. Macam biasa lepas tu muncung lah aku tunjuk merajuk manja dengan mak.

“allaaaa..janganlah merajuk, mak gurau aje..comel sangat lah buat muka tapai basi macam tu ye..ohh ya el,malam ni rumah cik Jah ada buat kenduri arwah, el nak pergi sekali dengan mak tak?"

mak tukar topik bila tengok aku diam membisu.aku senyum aje sambil mengangguk kepala.
Mana ada merajuk..rajuk manja saja aku ni.hihi..

"boleh lah mak,sesekali balik ni bolehlah rewang sekali"
"aaahhh..macam tu lah anak mak,barulah semua orang sayang..opssss"
"iiieeee..mak cakap apa ni.." senyum senyum simpul aku tengok mak..aduhhh..
“haahaa..ehh..jom lah kita masuk, dah nak magrib ni..manalah adik el ni tak balik-balik dari tadi..kalau dah dapat pi mancing tu memang dah tak ingat nak balik umah”

aku senyum saja dengar bebelan mak pada adik aku tu. amir kalau dah pegang joran memang lupa semuanya.memang betul-betul kaki pancing. lepas magrib aku bersiap-siap nak ke rumah cik jah. tetapi hati aku ni rasa semacam saja. Berdebar-debar macam ada sesuatu je akan berlaku.tapi apa ye.Ya Allah,mudahan semuanya dipermudahkan, aku berdoa dalam hati.

Aku memandang cermin sekali lagi melihat diriku memakai baju kurung hijau kesukaanku dengan padanan shawl merah jambu lembut.
“ehmm..boleh tahan jugak aku ni ye..hihi” aku tergelak sendiri tiba-tiba memuji diri sendiri.dah kenapa dengan aku malam ni macam nak melaram sakan seolah-olah mau menonjolkan diri untuk seseorang.tetapi untuk siapa? Oh el..engkau Cuma nak pergi kenduri saja lah malam ni..kenapa nak melaram bagai..heheh..aku tersenyum sendiri akhirnya..tetapi mata aku masih lekat kat cermin dari tadi.entah kenapa.

“el..dah siap belum..mak dah nak pi ni,,”
Alamak,mak dah siap nak pergi rupanya.tanpa berlengah aku terus keluar dari bilik
“ye mak, el datang ni..”
“isshhh..kamu ni el..kita nak pi kenduri je pon..kenapa cantik sangat ni?”
Aku memandang mak sambil tersenyum simpul, mak pun apa lagi terus gelakkan aku.tiba-tiba mak diam pandang aku. Aku angkat kening bertanya kenapa. Boleh pulak mak pon ikut sama ternaik naik kening tua nya..dah macam ziana zain nyayi lagu anggapanmu pulak..heheh..

Akhirnya kami berdua ketawa bersama. Ahh..mak, ada saja lah mak ni..suka buat aku terhibur.sayang mak. Aku cium pipi mak kiri kanan.
“el sayang mak selama hayat el ada tau” mak buat muka pelik,aku tarik muncung lah apa lagi
“mak tau..hihihi..dah jom..kita dah lambat ni”

lepas kami gelak manja,aku menutup pintu rumah dan kami melangkah keluar menuju rumah cik jah. Tapi sepanjang jalan hati aku makin kuat berdebar-debarnya.kenapa ye..
Ahhh..perasaan aku saja agaknya.

“el kenapa ni..ok tak?” erkk..alamak mak dah perasan..aku buat muka blur.
“errkkk..takde apa mak..el ok,, dah jom”

mulut mak tak sempat nak berkata-kata bila terserempak jiran lain yang sama tujuan kami,jadi kami berjalan terus ke rumah cik jah bersama.selamat aku dengan soalan cepumas mak.


bersambung..


14 April 2013

Dian Vitamin

kenapa vitamin dian memudahkan anda?..nak tau tak??
- senang & mudah dibawa kemana-mana sebab comey je botolnya
- tak perlu nak masuk shake bancuh air bagai..tinggal masuk mulut hisap je..sedap pulak tu
- dijamin 100% halal dengan kkm
- dijamin kesannya terasa dlm tempoh 3 hari - seminggu makan dgn konsisten..:)
yang pasti anda pasti berpuas hati sebab selepas hampir 3 bln Dian Vit dipasaran hampir 100 feedback mengenai jeragat,parut,ibu mgandung,myusu,eyebag .toksik.resdung..

ia terbukti bekesan.. alhamdullilah..

#1 HOT SELLING VITAMIN (KKM yang sah bersama bukti)

Dian'z Vitamin C & E 12000mg
1 botol : 60 biji tablets : RM85 -sem / RM90-ss :: Inc Postage 

Fungsi utama ::
✿mencerahkan kulit seluruh badan
✿melembabkan kulit
✿mencantikkan kulit
✿merawat jerawat,jeragat dan sel kulit mati.

✿ 6000mg setiap tablet (consume 2 biji =12000mg)
✿ berperisa berry (masam2 manis)
✿ sebotol 60 biji utk sebulan
✿ Dua biji sehari (pagi & malam selepas makan)
✿ Pure Collagen berasaskan IKAN TALAPIA
✿ Tiada Gelatin & 100% HALAL
✿ Produk MUSLIM BUMIPUTRA & kilang bertaraf GMP
✿ Mempunyai SIJIL KKM yang SAH

✔ sesuai untuk lelaki & wanita berusia 16 tahun ke atas
✔ ALERGIK SEAFOOD? tiada masalah, kerana tidak menggunakan PMC
✔ AWAS! Alergik ikan TALAPIA, anda tidak dibenarkan mengambil produk ini