Suasana
riuh didapur selepas tamat bacaan yasin dan tahlil sebentar tadi.kami
kaum perempuan sibuk memunggah dulang berisi nasi ambeng untuk di
hantar keatas. Aku jugak tidak melepaskan peluang membantu.Riuh anak
anak kecil bermain sesama sendiri disatu sudut ruang tengah rumah cik
jah,maklumlah sesekali berkumpul malam-malam begini memang tak
dilepaskan peluang bermain, dah tak ingat penat ngantuk semua.
seronok
rasanya tradisi begini masih berterusan di kampung ku.bila ada
kenduri masing-masing pakat-pakat menghantar kuih kerumah tuan majlis
sebagai tanda persahabatan.menu nasi ambeng memang menjadi tradisi
jika ada kenduri.yang paling best makan dalam dulang atau talam
ramai-ramai.mak kata adat jawa memang begini lah caranya, nasi ambeng
disediakan dalam satu dulang ada nasi ditengahnya kemudian lauknya
ayam goreng,mee goreng,ikan kering bulu ayam dan sayur goreng jawa
diletak diatas nasi putih tadi.ehmm..memang membangkit selera betul
sambil makan ramai-ramai.
“el,
lama ke kau cuti kali ni”
bibah,
anak cik jah duduk bersimpuh disebelah aku untuk mulakan makan
bersama.dari tadi kami tak sempat berborak panjang disebabkan sibuk
menolong didapur. bibah anak kedua cik jah sudah berkahwin dan
menetap di bandar johor bersama suami dan seorang anak mereka. kami
bersahabat dari zaman sekolah lagi dan aku tak sangka bibah berkahwin
awal lepas habis spm, katanya dah gatal kan tu yang kawin
awal..hahaha..bibah ni memang suka buat lawak seposen. kiranya kalau
bersembang memang tak kering gusi lah aku ketawa.
“tak
lah bibah,lusa aku dah balik..kau lama ke?”
“mana
ada lamanya..lusa pon aku balik dah,laki aku kerja jadi kenalah ikut
balik,
wei..esok
kita pi pantai nak tak,anak aku tu dah merengek-rengek ajak ke pantai
nak main pasir katanya..suka umpan aku tau kalau balik sini
heheh..tapi kalau kau ada hal tak apalah aku okay aje.” bibah buat
muka kesian dengan aku sambil kunyah penuh nasi ambeng kat
mulut.uhhh..tak senonoh bentul si bibah ni..ada-ada aje. Tersenyum
aku dengan telatah bibah sorang ni.
“ok
boleh saja bibah,untuk si comel ayra ni aku sanggup tau” aku
membalas pertanyaan bibah sambil mencium ayra yang comel sangat ni.
ayra ketawa geli bila aku mula ciumnya berkali-kali. “cik el..cik
el..aya ellii laahhh..hehehhe” ayra muncung mulutnya sambil tangan
memeluk ke dadanya. aku dan bibah ketawa senang dengan telatah ayra.
“ok
ok..cik el tak usik lagi ayra ye..esok kita pi pantai tau.suka tak”
aku merenung ayra manja
“yeayy..aaya
nak pi antaii..ayang cik el” ayra mencium pipi aku kemudian dia
berlari ke bahagian atas rumah.
“kau
manjakan sangat ayra el..tengok tu..lemak santan dia” bibah mencuit
aku
“ehh..bukan
kau ke yang sibuk ajak aku tadi..ni salahkan ayra pulak.”
aku
menambah perasa sambil tersenyum.
“ehhh..iye
ke..dah tua lah aku el..hehehe..ehh..cepatlah makan,lepas ni nak
merewang basuh pinggan pulak..kau jangan balik dulu aaa..keja belum
beres”
bibah
membebel macam mak nenek kat aku..bibah,bibah..aku tergelak senang
dengan bibah yang ceria. tenang sedikit perasaan aku kala ni..dari
tadi aku perasan macam ada yang memerhatikan aku saja dari jauh tapi
bila aku menoleh tiada apa-apa pun yang mencurigakan.ehmm..perasaan
aku saja agaknya.
“hai..dah
sampai mana mengelamun ni haa?” terkejut aku bila bibah mencuit
pipi aku sambil ketawa. aku tunduk malu memandang nasi.aisss..bibah
ni..sampai semua pandang aku semacam saja mak mak di dapur
tu..alamak..mak pun jeling jeling manja kat aku tu..ternaik-naik
kening ziana zain mak maukan jawapan. Aku hanya mampu senyum saja
buat tanda ok pada mak.
“kau
ni bibah..terkejut aku tau. tau lah aku nanti tolong kau basuh
pinggan”
“abis
tu dah kau termenung je bila aku cakap..mana aku tak angin..ehh..kau
pikir apa ni??.jangan cakap kau ingat dia lagi bila suasana macam
ni..” bibah tersenyum simpul
aku
hanya diam kan diri saja tanpa menjawab pertanyaan bibah. oh
bibah,kenapa kau tanya soalan itu..sungguh aku tak mahu ingat lagi.
Aku
bangun terus ke dapur untuk menolong apa yang patut. Aku perasan
bibah pandang aku semacam sambil mengekori aku ke ruang dapur.
“esok,ko
kena cerita A-Z kat aku tau..jangan ada skip skip satu pon..dah jom
kita cuci pinggan”
terkejut
aku bila bibah tarik tangan aku ke bilik air luar dapur. memang
selalunya kalau ada kenduri, bilik air luar rumahlah jadi port basuh
pinggan kami beramai-ramai. tapi malam ni ramai pulak yang sudah
balik lepas habis kenduri, jadi hanya aku dan bibah saja ditugaskan
untuk membasuh semua pinggan mangkuk yang ada. aku lihat mak dan cik
jah sedang sibuk membungkus nasi ambeng untuk ajk rewang malam ni.
memang begitulah selalunya kalau habis kenduri,sesi membungkus pulak.
“cik
el..cik el..ada abang kat sana tu kirim salam cium sekali..cuupp”
aku
yang sedang duduk bersama buih terkejut tiba-tiba ayra datang mencium
aku.
Jantung
aku bagaikan nak tercabut bila aku memandang susuk tubuh itu dari
jauh.walaupun gelap hanya susuk tubuh yang nampak tetapi aku tau itu
dia.
“el..itu
bukan kee..” aku pandang bibah sambil mengangkat bahu tanda tidak
tahu.
Menyesal aku datang sini malam ni.
bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan