Halaman

22 September 2013

KALAU DAH JODOH - BAB 1

teringin sangat nak menulis sesuatu yang lama terpendam.aku tak pasti ada yang sudi membaca atau tidak, sebab aku tau aku masih baru dalam dunia penulisan ini. jadi kalau salah tolonglah tunjukan..:)
********************************************************************

Tiupan angin sepoi sepoi bahasa dan sahutan ayam di belakang rumah membuai perasaan aku kala ini.Aku termenung jauh merenung kebun kelapa sawit belakang rumah mak abah. Dah tak macam dulu keadaannya.Aku tersenyum sendiri bila pandang kebun kelapa sawit ni sebab dulu kawasan inilah tempat aku bermain pondok-pondok,belon aca dan kawin-kawin dengan kawan-kawan kecilku..hihihi..dan yang paling best sekali berkubang kat paya..wahhh..aku rindu betul zaman kecilku. Tapi sekarang, sawit dah rendang sebab tanam semula,air paya pon dah cetek dan ada yang dikambus, kawasannya pon dah tak selamat nak bermain.

Zaman semakin membangun,kebanyakan anak-anak disini semuanya berhijrah ke Bandar selepas bekerja, berkahwin dan mempunyai anak, jadi kawasan kebun sawit ni memang dah tak dipandang lagi.aahhh..siapalah aku nak salahkan pembangunan, semua orang berhak menentukan hala tuju masing-masing.
aku tersenyum sendiri tiba-tiba teringatkan sesorang sambil merenung jauh.kat mana agaknya dia ye.aku tersenyum lagi.kenapa aku ingat dia lagi ye.dah kahwin agaknya dia. Hampir 10 tahun hilang macam tu saja.ahhh..cinta monyet aku yang terindah. Aku senyum bila kisah lama seperti melayang-layang di ruang mataku.

"anak mak termenung jauh nampak?"
"oh!! mak..hehehe..takdelah mak,el terkenang zaman dulu masa kecik dulu lah mak..hihi"

"ke teringatkan orang lama dulu?"

Ya Allah,terlopong aku tengok mak terkelip kelip mata mak memandang aku. aihhh..macamana mak tau ni.masak aku masak..aku tertunduk malu. mak ketawa akhirnya tengok aku dah merah muka.cehh..mak sayang nii.

“mana ada mak ni, pandai aje lah..hehehe”
“elehhh..mak kenal lah anak mak ni, mak yang lahirkan el tau,el tahan kentut pon mak tau tau..hahaha “

merah padam muka aku diperli mak. aku memang tak boleh menipu mak dalam apa jua keadaan aku ni. Akhirnya aku senyum saja tengok mak gelakkan aku. Macam biasa lepas tu muncung lah aku tunjuk merajuk manja dengan mak.

“allaaaa..janganlah merajuk, mak gurau aje..comel sangat lah buat muka tapai basi macam tu ye..ohh ya el,malam ni rumah cik Jah ada buat kenduri arwah, el nak pergi sekali dengan mak tak?"

mak tukar topik bila tengok aku diam membisu.aku senyum aje sambil mengangguk kepala.
Mana ada merajuk..rajuk manja saja aku ni.hihi..

"boleh lah mak,sesekali balik ni bolehlah rewang sekali"
"aaahhh..macam tu lah anak mak,barulah semua orang sayang..opssss"
"iiieeee..mak cakap apa ni.." senyum senyum simpul aku tengok mak..aduhhh..
“haahaa..ehh..jom lah kita masuk, dah nak magrib ni..manalah adik el ni tak balik-balik dari tadi..kalau dah dapat pi mancing tu memang dah tak ingat nak balik umah”

aku senyum saja dengar bebelan mak pada adik aku tu. amir kalau dah pegang joran memang lupa semuanya.memang betul-betul kaki pancing. lepas magrib aku bersiap-siap nak ke rumah cik jah. tetapi hati aku ni rasa semacam saja. Berdebar-debar macam ada sesuatu je akan berlaku.tapi apa ye.Ya Allah,mudahan semuanya dipermudahkan, aku berdoa dalam hati.

Aku memandang cermin sekali lagi melihat diriku memakai baju kurung hijau kesukaanku dengan padanan shawl merah jambu lembut.
“ehmm..boleh tahan jugak aku ni ye..hihi” aku tergelak sendiri tiba-tiba memuji diri sendiri.dah kenapa dengan aku malam ni macam nak melaram sakan seolah-olah mau menonjolkan diri untuk seseorang.tetapi untuk siapa? Oh el..engkau Cuma nak pergi kenduri saja lah malam ni..kenapa nak melaram bagai..heheh..aku tersenyum sendiri akhirnya..tetapi mata aku masih lekat kat cermin dari tadi.entah kenapa.

“el..dah siap belum..mak dah nak pi ni,,”
Alamak,mak dah siap nak pergi rupanya.tanpa berlengah aku terus keluar dari bilik
“ye mak, el datang ni..”
“isshhh..kamu ni el..kita nak pi kenduri je pon..kenapa cantik sangat ni?”
Aku memandang mak sambil tersenyum simpul, mak pun apa lagi terus gelakkan aku.tiba-tiba mak diam pandang aku. Aku angkat kening bertanya kenapa. Boleh pulak mak pon ikut sama ternaik naik kening tua nya..dah macam ziana zain nyayi lagu anggapanmu pulak..heheh..

Akhirnya kami berdua ketawa bersama. Ahh..mak, ada saja lah mak ni..suka buat aku terhibur.sayang mak. Aku cium pipi mak kiri kanan.
“el sayang mak selama hayat el ada tau” mak buat muka pelik,aku tarik muncung lah apa lagi
“mak tau..hihihi..dah jom..kita dah lambat ni”

lepas kami gelak manja,aku menutup pintu rumah dan kami melangkah keluar menuju rumah cik jah. Tapi sepanjang jalan hati aku makin kuat berdebar-debarnya.kenapa ye..
Ahhh..perasaan aku saja agaknya.

“el kenapa ni..ok tak?” erkk..alamak mak dah perasan..aku buat muka blur.
“errkkk..takde apa mak..el ok,, dah jom”

mulut mak tak sempat nak berkata-kata bila terserempak jiran lain yang sama tujuan kami,jadi kami berjalan terus ke rumah cik jah bersama.selamat aku dengan soalan cepumas mak.


bersambung..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan