Halaman

4 November 2013

KALAU DAH JODOH - BAB 3

rasanya macam nak tukar tajuk untuk cerita ni..apa ye..masih difikirkan lagi.
ada cadangan tak..hihihi..ada ke yang sudi baca sampai bab 3 ni..:)
bab 3 ni pendek je sebab aku busy sangat..insyallah lepas ni lebih rajin hendaknya.^^
_________________________________________________________

aku termenung memandang kipas yang berpusing laju di atas siling bilik. Balik dari kenduri tadi memang buatkan aku tak senang duduk lagikan nak tidur malam ni. Aku terus masuk bilik mengurung diri sampaikan mak panggil pun aku katakan aku penat nak tidur awal. Aku tak mahu mak tengok aku begini.. Ahhh..kenapa engkau hadir saat aku dah hampir lupakan engkau yus, apa lagi yang kau maukan. Tak cukupkah apa yang dah kau lakukan padaku dulu. Air mataku laju mengalir saat ini sambil teringat kejadian tadi.

“Assalamualaikum..apa khabar el?”
Walaikumsalam, aku menjawab dalam hati saja tanpa memandang wajah yus. Cepat-cepat aku selesaikan membasuh pinggan yang dah tinggal sedikit. Mataku dah memberat tinggal tunggu masa nak jatuh saja saat ini. Tak sanggup nak berdepan dengan yus untuk kali kedua selepas hampir 10 tahun dia meninggalkan aku.

“waalaikumsalam, ehhh ..abang yus, mimpi apa ni datang sini?” bibah memecahkan kesunyiaan antara kami. Sungguh aku tak kuat nak hadapi situasi ini, aku bangun akhirnya sambil melepaskan keluhan. Bibah terkejut pandang aku tanpa berkata-kata.

“bibah, aku balik dulu ye, nanti bagitau mak aku, aku pening kepala” aku terus berlari meninggalkan bibah dan abang yus disitu. Laungan bibah memanggil tidak aku hiraukan. Yang aku tahu sekarang aku nak balik saja.

“el…tunggu el”
Semakin aku jalan laju bila abang yus mengejar aku kala ini. Abang Yus menarik tangan aku supaya berhenti. Aku merentap tangan tanda tidak suka diperlakukan begitu.

“ok ok..abang mintak maaf, tapi el tunggu lah kejap, abang nak cakap sesuatu dengan el”
“apa lagi abang yus, apa lagi yang abang nak? el nak balik”

aku teruskan jalan kedepan. Tak sanggup nak berdepan dengan abang yus sebab aku tahu bila aku pandang muka abang yus aku yang akan lemah segalanya. Matanya, harumannya, ya..semua tentang abang yus mampu buat aku jatuh tergolek sekali lagi. Sungguh aku takut.

“el...maafkan abang el, abang masih sayangkan el”
aku berhenti melangkah. Saat ini mata dah memberat tapi aku tahan saja air mata aku ini. Terasa tak berbaloi aku tunjukkan pada abang yus. Sepertinya aku lemah sangat di depannya dan dia boleh sesuka hatinya merobek hati aku ini.

Kalau dulu kata sayang dari abang yus memang buat aku mimpi indah tapi sekarang tidak lagi, aku bukan lagi el yang dulu. Cukuplah sekali hati ini dihiris sebab pedihnya masih aku rasa hingga kini.

“kita kahwin el..”
buntang mata aku memandang abang yus tanda terkejut beruk dengar apa yang dia katakan kejap tadi.dah gila ke apa ajak aku kahwin!! ingat aku ni baju ke, suka pakai dan dah tak suka campak campak macam tu saja.


ahhh..lelaki ini memang suka menyusahkan aku la.


bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan